Perkemahan Unit Beruniform Pada Tahun 2012

Pada hari Jumaat yang lalu,murid-murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh telah menyertai perkemahan Bersepadu Unit Uniform 2012 di padang Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.Perkemahan tersebut bermula pada 3.00 petang untuk mendaftar nama kepada guru Unit Beruniform masing-masing.Pada  jam 4.00 petang,murid-murid yang terlibat diberi taklimat daripada Kem Komanden iaitu Ustaz Muhammad bin Rahman.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalan kan iaitu sukaneka,ice breaking,rentas halangan,malam kebudayaan,mencari jalan pulang dan Pertandingan Memasak.Pada hari Sabtu pula murid diberi,satu sijil dan baju T-Shirt yang bertulis Perkemahan Unit Uniform S.K Ayer Keroh.Pada jam 4.00 petang pula,mereka diberi taklimat sebelum pulang ke rumah.Sekian Terima Kasih.

Lawatan Sambil Belajar.

Pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 13 September 2012,semua murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh membuat satu lawatan sambil belajar di Bandar Hilir, Melaka.Semua murid yang pergi ke Bandar Hilir menaiki bas yang membawa mereka ke Menara Taming Sari dan River Cruise (Sungai Melaka).Selepas habis berjalan disana,murid yang pergi ke lawatan dibawa makan ke restoran berdekatan Dataran Pahlawan.

Ceria Hari Sukan 2012

Hari Sukan pada tahun ini dijalankan pada 19 Julai 2012. Pada tahun ini tempat pertama dimenangi oleh rumah kuning iaitu Perkasa manakala, tempat kedua dimenangi oleh rumah biru iaitu Satria.Tempat ketiga pula, dimenangi oleh rumah merah iaitu Wira dan tempat terakhir pula ialah rumah hijau iaitu Putra di tempat terakhir. Pelbagai gerai jualan disediakan.segala  keputusan,harus ditingkatkan usaha supaya boleh menjadi juara

peperiksaan UPSR tahun 2012

                                                     PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2012



                .pada 11 -13 haribulan september,murid-murid tahun enam pada tahun 2012 menghadapi peperiksaan UPSR . murid murid mengambil periksa itu dengan tenang dan tenteram.murid murid tahun 1,2,3,4 dan 5 sekolah Ayer Keroh telah memberi kerjasama untuk tidak membuat bising ketika peperiksaan itu sedang berjalan.peperiksaan ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama murid murid yang lain.sekian wassalam.

Jamuan Hari Raya 2012.

Pada hari Jumaat dan Sabtu ini iaitu pada 7 dan 8 September 2012 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh akan mengadakan jamuan Hari Raya dan Jamuan Guru.Semua murid akan membawa makanan masing-masing pada hari Jumaat ini.Ianya akan bermula pada waktu rehat sehinggalah balik.Semua murid berasa gembira kerana dapat membuat Jamuan Hari Raya dengan guru-guru masing-masing serta dapat merasa pelbagai juadah yang disediakan oleh kawan-kawan mereka.mereka dibenarkan membawa kamera,tetapi telefon tidak dibenarkan.SELAMAT HARI RAYA

Ujian Percubaan Sekolah Rendah


                                   Murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh Melaka akan menduduki UPSR tidak lama lagi iaitu pada 10hb September 2012.Doa kan yang terbaik pada semua calon UPSR Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.SEMOGA BERJAYA SEMUA.

Ambang Merdeka 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55

"JANJI DITEPATI"

Memetik kata-kata TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
 
"Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama."

Bersama-sama kita menghargai kemerdekaan hari ini sebagai tanda penghargaan buat insan-insan yang menggadaikan nyawa untuk peroleh kebebasan yang kita kecapi hari ini....